DAP Cawangan Jalan Tembikai

Soalan-Soalan Parlimen oleh Ahli Parlimen Bkt. Mertajam

Posted in Artikel Bahasa Malaysia, Parliament by dapjlntembikai on June 18, 2009

Soalan-soalan Parlimen oleh Ahli Parlimen Bukit Mertajam:

Pertanyaan Jawab Lisan

1. Puan Chong Eng meminta Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan sama ada mempunyai rancangan untuk menyediakan pusat jagaan kanak-kanak ataupun rebat kos jagaan kanak-kanak bagi membolehkan wanita keluar mencari nafkah sebagai salah satu langkah menanangi kemiskinan dan mengurangkan masalah sosial kanak-kanak dan remaja.

2. Puan Chong Eng meminta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan status perlaksanaan 30% pembuat keputusan wanita dalam pentadbiran Kerajaan. Sila nyatakan statistik penglibatan wanita di setiap peringkat dan tempoh sasaran untuk mencapai angka 30%.

3. Puan Chong Eng meminta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan status perlantikkan 800 pekerja kontrak di bawah Program CARI yang diperuntukkan di bawah Rancangan Perangsang Ekonomi RM60 billion. Sila nyatakan kaedah perlantikkan.

4. Puan Chong Eng meminta Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan sebab-sebab peningkatan masalah sosial seperti perpecahan rumah tangga, penceraian serta umur penjenayah juvenil yang semakin muda.

5. Puan Chong Eng meminta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan apakah rancangan perumahan Kerajaan yang mengambil kira graduan muda yang baru keluar bekerja dan ingin mendirikan rumah tangga supaya mereka juga mampu memiliki rumah sendiri, khasnya di bandar-bandar di mana kos rumah semakin meningkat.

6. Puan Chong Eng meminta Perdana Menteri menyatakan apakah tindakan oleh Kerajaan bagi menanangi kegiatan perlacuran yang mengikut satu laporan NST telah meraih hampir RM3 billion pada tahun lepas (NST 25/05/09, muka depan). Adakah Kerajaan mempunyai cadangan untuk “regulate” industri ini?

7. Puan Chong Eng meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan peraturan atau strategi baru untuk mengatasi jenayah moden seperti gejala mat rempit, kes ragut dan penipuan komersial (bogus scam) seperti gores-dan-menang

8. Puan Chong Eng meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan adakah wujud sebarang Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk mengukur kecekapan PDRM dalam menangani kadar jenayah.

9. Puan Chong Eng meminta Menteri Kesihatan menyatakan status perkhidmatan klinik bergerak. Sila nyatakan sama ada projek ini sudah bermula dan jika tidak, bila serta berapa kawasan, termasuk di Bukit Mertajam, yang akan mendapat perkhidmatan tersebut.

10. Puan Chong Eng meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapakah anggota keselamatan serta perbelanjaan keselamatan yang telah digunakan bagi pilihanraya kecil DUN N.12 Penanti pada tahun ini.

Pertanyaan Jawab Bertulis

1. Puan Chong Eng meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyatakan secara terperinci projek yang dilaksanakan di kawasan Bukit Mertajam dalam tahun 2008 di bawah peruntukan khas YAB Perdana Menteri sebanyak RM500,000 untuk setiap kawasan Parlimen. Sila nyatakan projek, kos projek dan syarikat yang melaksanakan projek.

2. Puan Chong Eng meminta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan secara terperinci status RTB Sg.Juru, Sg. Junjung dan Sg. Perai dan meminta supaya projek RTB di lokasi tersebut dijalankan serta merta dan tidak dilengahkan sehingga RMK10 bagi menyelesaikan masalah banjir kritikal di kawasan berhampiran.

3. Puan Chong Eng meminta Perdana Menteri menyatakan secara terperinci statistiks penerima biasiswa JPA bagi 2009 yang diumumkan pada bulan Mei 2009. Sila nyatakan nama penerima, jurusan pengajian, pusat pengajian, jumlah diterima dan keputusan SPM mereka.

4. Puan Chong Eng meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan secara terperinci statistiks pemohon kad pengenalan Malaysia daripada kalangan warga asing. Sila nyatakan jumlah pemohon, umur, kewarganegaraan asal, kadar kelulusan, kadar penungguan dan juga sebab-sebab utama penolakkan permohonan

5. Puan Chong Eng meminta Menteri Sumber Manusia menyatakan secara terperinci statistiks sumbangan KWSP, termasuk kurungan nilai sumbangan mengikut gender

Sumber: Laman Web YB Sdri Chong Eng

Advertisements
Tagged with:

One Response

Subscribe to comments with RSS.

  1. David M said, on June 20, 2009 at 12:30 am

    GREAT JOB…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: