DAP Cawangan Jalan Tembikai

Rang Undang-Undang Makanan Haiwan 2008

Posted in Agriculture, Artikel Bahasa Malaysia, Development by dapjlntembikai on June 24, 2009

Selepas 14 tahun lamanya ditangguh, akhirnya rang undang-undang ini diluluskan dalam bacaan sesi Dewan Rakyat yang sedang berlangsung sekarang.

Antara lain, akta ini akan membentuk satu Lembaga Makanan Haiwan yang bertanggungjawab sebagai “kawalan kualiti” (quality control) bagi makanan haiwan ternakan.

Pengguna boleh menyambut baik akta ini yang bertujuan mengawal kualiti makanan haiwan yang digunakan oleh penternak termasuk kandungan bahan kimia dan dadah dalam pemakanan haiwan ternakan.

Dua perkara harus dititikberatkan oleh Kerajaan, yakni,

1.  Kawalan kualiti makanan haiwan ternakan tidak seharusnya memberi bebanan yang besar dari segi kos pengeluaran dan seterusnya kos pasaran daging ternakan.

2. Penguatkuasaan termasuk perlabelan haruslah dijalankan dengan serius dengan tumpuan terhadap kesihatan dan kebajikan pengguna secara keseluruhan dan bukan semata-matanya untuk melabelkan makanan halal dan bukan halal.

Deraf Rang Undang-Undang Makanan Haiwan 2008 – http://www.parlimen.gov.my/billindex/pdf/DR202008.pdf