DAP Cawangan Jalan Tembikai

Press Statement: Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Tidak Anti-Melayu/Islam

Posted in Artikel Bahasa Malaysia, Penang, Politics, Press Statement by dapjlntembikai on August 24, 2009

Kenyataan Media oleh Y.B. Ng Wei Aik, Setiausaha Pemuda DAP Negeri Pulau Pinang pada 22 Ogos 2009 di Georgetown, Pulau Pinang:

Pemuda DAP Negeri Pulau Pinang ingin menyatakan sokongan penuh terhadap Ustaz Mohd Salleh Man, calon Pakatan Rakyat yang mewakili Pas dalam Pilihan Raya Kecil N11 Permatang Pasir.

Pakatan Rakyat di Negeri Pulau Pinang adalah terdiri daripada DAP, PKR dan Pas. Dengan pemergian Allahyarham Dato’ Mohd Hamdan ke ramahtullah, maka Pakatan Rakyat memerlukan seorang wakil rakyat daripada Pas untuk mengisikan kekosongan tersebut untuk memantapkan lagi kerjasama Pakatan Rakyat dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Atas nasihat dan tunjuk ajar pemimpin Pas, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan pelbagai dasar yang memanfaatkan semua kaum, termasuk umat Islam di Negeri Pulau Pinang, termasuk….Baca seterusnya di sini

Ceramah DAP-Pakatan Rakyat Pilihanraya Kecil N11 Permatang Pasir

Posted in Artikel Bahasa Malaysia, DAP, Event, Penang, Politics by dapjlntembikai on August 19, 2009

Jadual kempen minggu ini akan dikemaskini di blog ini sebentar lagi

——————–

Tarikh: 19 Ogos 2009
Masa: 8.00pm
Tempat: Moral Uplifting Society, Chang Hor Kor, Jalan Tanah Liat

Speaker:

Dato Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Parlimen, Penasihat PKR

YAB Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang, S/usaha Agong DAP

YBhg Ustaz Salleh Man, calon PRK N11, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang

YB Chow Kon Yeow, Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Pengerusi DAP Pulau Pinang

YB Jeff Ooi, Ahli Parlimen Jelutong

YB Chong Eng, Ahli Parlimen BM, Ketua Wanita DAP

Press Statement: Kerajaan Malaysia masih gagal mengarusutama agenda Pemberdayaan Wanita Malaysia

Posted in Artikel Bahasa Malaysia, Development, Parliament, Press Statement by dapjlntembikai on July 2, 2009

Kenyataan Media Wanita Pakatan Rakyat

Penerapan prinsip-prinsip kesetaraan gender dalam dasar dan pentadbirannegara bukanlah sekadar janji kosong. Ia dicapai dengan kesungguhan untuk merealisaikan komitmen terhadap pengarusutamaan gender (gender mainstreaming) dalam semua ruang lingkup kehidupan rakyat, khususnya dalam merangka dasar kerajaan, bidang penyelidikan, dialog, perundangan, pengagihan sumber dan khazanah negara, serta dalam perancangan, perlaksanaan dan penyeliaan terhadap semua program dan projek.

Gender Focal Point yang diwujudkan pada tahun 2004 telah tidak berfungsi sepenuhnya sebagai mekanisme yang boleh melonjakkan aspirasi pengarusutamaan gender

Pengarusutamaan gender bukanlah bermaksud bersaing kuasa dengan lelaki.   Ia merupakan….Read the rest here

Sumber: Laman Web Ahli Parlimen Bukit Mertajam

Rang Undang-Undang Makanan Haiwan 2008

Posted in Agriculture, Artikel Bahasa Malaysia, Development by dapjlntembikai on June 24, 2009

Selepas 14 tahun lamanya ditangguh, akhirnya rang undang-undang ini diluluskan dalam bacaan sesi Dewan Rakyat yang sedang berlangsung sekarang.

Antara lain, akta ini akan membentuk satu Lembaga Makanan Haiwan yang bertanggungjawab sebagai “kawalan kualiti” (quality control) bagi makanan haiwan ternakan.

Pengguna boleh menyambut baik akta ini yang bertujuan mengawal kualiti makanan haiwan yang digunakan oleh penternak termasuk kandungan bahan kimia dan dadah dalam pemakanan haiwan ternakan.

Dua perkara harus dititikberatkan oleh Kerajaan, yakni,

1.  Kawalan kualiti makanan haiwan ternakan tidak seharusnya memberi bebanan yang besar dari segi kos pengeluaran dan seterusnya kos pasaran daging ternakan.

2. Penguatkuasaan termasuk perlabelan haruslah dijalankan dengan serius dengan tumpuan terhadap kesihatan dan kebajikan pengguna secara keseluruhan dan bukan semata-matanya untuk melabelkan makanan halal dan bukan halal.

Deraf Rang Undang-Undang Makanan Haiwan 2008 – http://www.parlimen.gov.my/billindex/pdf/DR202008.pdf

Press Statement: Tindakan PDRM Menghentikan Program Makan Malam DAP di Klang Tidak Munasabah dan Tidak Demokrasi

Posted in Artikel Bahasa Malaysia, DAP, Politics, Press Statement by dapjlntembikai on June 22, 2009

230609 | Bukit Mertajam

Kami kesal dengan tindakan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghalang dan cuba menghentikan program makan malam DAP di Klang tanpa sebarang sebab yang demokrasi dan munasabah. Perbuatan PDRM menghantar tujuh buah trak meriam air, trak FRU serta anggota bersenjata api bagi menghalang satu majlis makan malam yang dihadiri lebih kurang 3000 Rakyat serta pemimpin Parlimen dan Kerajaan Negeri menimbulkan persoalan terhadap integriti polis sebagai penjaga keamanan dalam negeri dan bukan sebagai pengawal peribadi kepada Parti UMNO-Barisan Nasional.

PDRM telah berulangkali menunjukkan sikap hipokrit dan mengamalkan “double standard” apabila berurusan dengan parti Pakatan Rakyat. Contohnya pada bulan Mac yang lalu, pihak Polis telah menahan ADUN Tebing Tinggi Sdr. Ong Boon Piaw kerana mengedarkan DVD tentang peristiwa di bawah “pokok demokrasi”. Selain itu, dalam peristiwa yang lain, pada 9 Mei yang lalu, PDRM telah menghenti satu majlis makan malam DAP di Setiawan dan merampas peralatan suara serta VCD rakaman “kekecohan DUN Perak 7 Mei”. Walau bagaimanapun, Barisan Nasional telah dibenarkan untuk mencetak, menayang dan mengedarkan rakaman DUN Perak yang telah disunting, termasuk dalam satu majlis makan malam MCA pada bulan Mei lalu di Ipoh.

Kami menyeru Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara memberikan satu penjelasan kepada Rakyat terhadap perbuatan PDRM yang dilihat sebagai tidak bersifat bebas-politik (nonpartisan) dalam menjalankan tugas serta dilihat sebagai membuli pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat.

DAP Cawangan Jln Tembikai

———

Briefly in English

We regretted police’s action in stopping DAP Klang’s dinner yesterday. Police actions of placing 7 water canon truck, FRU trucks and fire weapons to stop the 3000-ppl dinner which includes Parliamentary and State Government leaders raised questions over Police’s integrity as neutral and nonpartisan law enforcers over being personal bodyguards of UMNO-Barisan Nasional.

Tagged with: ,