DAP Cawangan Jalan Tembikai

Press Statement: Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) perlu sedar bahawa Kampung Buah Pala masih utuh sehingga kini kerana Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang berjaya menghalang mereka daripada diusir pada pertengahan tahun 2008

Posted in CAT, Development, Penang, Politics, Press Statement by dapjlntembikai on June 30, 2009

Kenyataan Media Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Georgetown pada 30 Jun 2009:

Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak pernah meluluskan mahupun membenarkan sebarang tindakan untuk merobohkan Kampung Buah Pala. Sebarang tindakan yang diambil oleh syarikat pemaju (developer) adalah menerusi perintah mahkamah yang dikeluarkan oleh mahkamah-mahkamah yang berkaitan.
Pampasan sehingga RM200,000 seisi rumah telah ditawarkan oleh syarikat pemaju kepada penduduk kawasan berkenaan yang kemudiannya dipersetujui dan diterima oleh kebanyakan keluarga kecuali penduduk-penduduk yang masih berada di Kampung Buah Pala. Kerajaan negeri menghormati keputusan yang dibuat oleh mereka yang masih menghuni di Kampung Buah Pala untuk menolak sebarang tawaran pampasan dan melawan kes mereka di mahkamah.

Sekiranya Kerajaan Negeri tidak bersimpati dengan rintihan penduduk di situ, maka syarikat pemaju berkenaan sudah tentu telah  berjaya mengusir penduduk-penduduk pertengahan tahun lalu sebaik sahaja mereka memperolehi perintah mahkamah.

Pengusiran tersebut berjaya disekat kerana usaha-usaha yang diambil oleh P. Ramasamy selaku Timbalan Ketua Menteri II dan Abdul Malek selaku Ahli Exco Pulau Pinang yang menghalang syarikat pemaju daripada memasuki perkampungan tersebut dengan jentolak beberapa kali di pertengahan tahun lalu.

Oleh yang demikian, kesemua pihak mestilah sedar bahawa hanya kerana usaha-usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat, penduduk Kampung Buah Pala masih berupaya menghuni di kawasan itu.

Tan Sri Koh Tsu Koon mesti menjelaskan sepenuhnya mengapa beliau menjual Kampung Buah Pala dengan harga RM10 sekaki persegi pada tahun 2007 tanpa rundingan dengan penghuni-penghuni di sana

Tanah tapak Kampung Buah Pala yang merupakan milik Kerajaan Negeri telah diberikan kepada Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang sebanyak dua kali oleh Exco Kerajaan BN Pulau Pinang yang diketuai oleh Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon pada 18 Ogos 2004 dan 8 Jun 2005 dengan premium berharga RM6.42 juta atau RM20 sekaki persegi. Saya tidak memahami rasionalnya Kerajaan Negeri BN meluluskan projek ini tanpa berunding dengan penduduk-penduduk mahupun menjualnya pada harga serendah itu.

Lanjutan daripada itu, Exco di bawah Tan Sri Dr Koh Tsu Koon telah mengurangkan premium sebanyak 50% kepada RM3.21 juta atau RM10 sekaki persegi, mengikut cadangan Timbalan Ketua Menteri dari UMNO.

Koh Tsu Koon perlu menjelaskan perkara ini kepada penduduk Kampung Buah Pala mengapa beliau menjual kampung tersebut pada harga yang murah iaitu hanya RM10 sekaki persegi pada 2007 apabila harga pasaran di kawasan perdana tersebut berkali-kali ganda dan jualan dibuat tanpa sebarang rundingan dengan penduduk.
Dalam usahanya untuk membantu penduduk Kampug Buah Pala, Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak patut dipersalahkan dan menjadi sasaran oleh Hindraf

Masalah ini berpunca daripada BN, Gerakan, MIC, UMNO dan MCA yang menjadi dalang, mengabaikan kepentingan penduduk kampung, dan menjual tanah Kampung Buah Pala.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang berasa kecewa atas tindakan Hindraf yang tidak bertanggungjawab kerana mensasar Kerajaan Negeri Pulau Pinang atas tindakan yang diambil oleh syarikat pemaju dalam pengusiran penduduk di Kampung Buah Pala. Hindraf mahukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk bertindak melawan perintah mahkamah yang diperolehi oleh syarikat pemaju bagi mengusir penduduk di situ. Perkara ini adalah sesuatu yang tidak dapat dilakukan oleh Pakatan Rakyat yang mentadbir di bawah kedaulatan undang-undang dan terpaksa akur kepada perintah mahkamah yang dikeluarkan.

Selain itu, timbul cadangan supaya Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengambil tanah tersebut secara paksaan bagi tujuan awam di bawah Akta Pengambilan Tanah. Tetapi dengan melakukan sedemikian, pihak syarikat pemaju sahaja yang akan mengaut keuntungan yang banyak tanpa perlu membelanjakan sesen pun. Sememangnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang mahukan penyelesaian yang baik, tetapi pengambilan tanah secara paksaan sepertimana yang dicadangkan itu akan melibatkan kos raksaksa di luar kemampuan kewangan Kerajaan Negeri. Kos pampasan yang terlibat bukan sekadar jutaan ringgit atau puluhan jutaan ringgit, tetapi jauh lebih tinggi lagi!
Jelas sekali bahawa Hindraf tidak dapat membezakan siapakah rakannya dengan membandingkan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dengan tindakan-tindakan zalim UMNO yang merobohkan kuil-kuil Hindu. Kita tidak nampak pun Hindraf menganjurkan protes besar-besaran terhadap perobohan beberapa kuil Hindu di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kerajaan Pulau Pinang tidak sepatutnya dipersalahkan atau menjadi sasaran Hindraf bilamana kita sedang cuba membantu seberapa yang boleh dan tidak terlibat dalam perobohan mana-mana kuil Hindu di Pulau Pinang.
Mengapakah Hindraf tidak mengadakan demonstrasi terhadap UMNO atau Gerakan, MCA mahupun MIC yang menjadi dalang di sebalik isu Kampung Buah Pala? Sikap seperti ini mencetuskan syak wasangka samada berkemungkinan Hindraf kini telah dipengaruhi MIC dan BN apabila mereka sepatutnya berjuang dalam mempertahankan perobohan kuil-kuil bukannya menentang Kerajaan Pulau Pinang yang sedang berusaha mencari jalan penyelesaian yang adil bagi penduduk Kampung Buah Pala.

Hindraf perlu mengiktiraf usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Kerajaan Pulau Pinang untuk masyarakat India, kuil-kuil dan sekolah-sekolah rendah Tamil. Kami bukan hanya mempunyai Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang kaum India yang pertama di Malaysia, malah kesemua 28 sekolah rendah Tamil telah diberi peruntukan tahunan sebanyak RM1.5 juta sama seperti yang diperolehi oleh sekolah rendah kebangsaan Cina, Sekolah Agama Rakyat, sekolah wawasan dam sekolah menengah bebas Cina.

Selain itu, Pulau Pinang telah mendirikan papan-papan tanda jalan (road signs) berbahasa Tamil yang pertama di negara ini bersama-sama tanda jalan dalam Bahasa Arab, Cina dan Inggeris di Georgetown. Sedangkan Hindraf tidak pernah membangkitkan perkara papan tanda jalan berbahasa Tamil.

Dengan menghentam Kerajaan Pulau Pinang, secara tidak langsung Hindraf membantu UMNO dan BN dengan meletakkan kesemua kejayaan yang diusahakan oleh Kerajaan Pulau Pinang dalam keadaan berisiko. Kita mungkin tidak ada lagi Ketua Menteri II berkaum India, tiada lagi peruntukan dana untuk sekolah-sekolah rendah Tamil dan tidak ada lagi papan tanda jalan berbahasa Tamil. Hindraf sepatutnya rasional dan bukannya bertindan secara emosi dan marah, dan patutlah mengkaji semula siapakah musuh dan rakan sebenar masyarakat India.

Apa yang lebih mustahak ialah untuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang melayan masyarakat India samarata bersama masyarakat Cina dan Melayu sebagai warga Malaysia, di mana pemimpin Cina boleh menjaga masyarakat Melayu dan pemimpin Melayu dapat menjaga kebajikan masyarakat Cina. Malah pemimpin India juga mampu untuk menjaga masyarakat semua kaum. DAP dan kerajaan Pakatan Rakyat tidak akan tunduk kepada BN atau diintimidasikan oleh BN, UMNO mahupun Hindraf yang melihat segala masalah daripada sudut sempit kaum Cina, India atau Melayu. DAP dan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang percaya bahawa isu-isu India bukannya masalah masyarakat India, isu-isu masyarakat Cina bukanlah masalah kaum Cina mahupun isu-isu Melayu bukanlah masalah kaum Melayu. Kami menganggap semua masalah sebagai isu rakyat Malaysia.

Kita perlu bersatu sebagai rakyat Malaysia di bawah prinsip keadilan, kebenaran, kebebasan, demokrasi dan kebajikan rakyat bagi memastikan kita melawan rasuah dalam usaha menjana pertumbuhan dan kemakmuran di samping memastikan setiap rakyat dapat berkongsi keuntungan dengan adil.

Sungguhpun kami berasa kecewa terhadap kenyataan Hindraf yang mengutuk secara melulu terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang, pemimpin-pemimpin Hindraf mempunyai hak di bawah peruntukan hak asasi manusia untuk berhimpun secara aman dalam membangkitkan isu yang mereka prihatin. Saya telah pun mengarahkan pegawai-pegawai saya supaya menghormati hak-hak mereka dan menerima sebarang memorandum yang dihantar selaras dengan prinsip tanpa-keganasan Mahatma Gandhi. Saya juga menyeru pihak berkuasa polis supaya tidak mengambil sebarang tindakan yang akan membawa kepada sebarang kejadian yang tidak diingini.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga tidak akan terjejas oleh tindakan-tindakan penduduk yang menuduh Kerajaan Negeri sungguhpun pelbagai bantuan telah dihulurkan. Kerajaan Negeri akan terus membantu penduduk-penduduk Kampung Buah Pala, dan akan membantu sekiranya penduduk yang daftar ingin menerima tawaran pampasan sehingga RM200,000 seisi rumah daripada syarikat pemaju Kampung Buah Pala.

Setakat ini, Kerajaan Negeri juga tidak memberi sebarang kelulusan mahupun persetujuan kepada syarikat pemaju untuk merobohkan mana-mana bangunan. Sebarang tindakan sedemikian adalah atas keputusan syarikat pemaju sendiri mengikut perintah dan kuasa Mahkamah TInggi dan Mahkamah Persekutuan.
LIM GUAN ENG

—–

Read the English version here

For Tamil version, pls click on thumbnails below:

pg-t1_resize pg-t2_resize

Advertisements

News: Penang to get RM700m in investments

Posted in CAT, Economy, Penang by dapjlntembikai on June 17, 2009

Pulau Pinang akan menerima pelaburan sebanyak RM700 juta dalam minggu ini, kata Pengerusi Eksekutif InvestPenang Dato Lee Kah Choon. Perlaburan ini adalah daripada sebuah syarikat USA dan satu lagi syarikat MNC. Ianya juga akan membentuk 200 peluang pekerjaan termasuk jawatan tahap tinggi.

Selain itu, Dato’ Lee juga mengumumkan bahawa Pusat Bantuan Kerjaya dan Latihan Pulau Pinang (Penang C.A.T.) akan menjalankan program latihan khas kepada 100 anak-anak muda lepasan sekolah 2000-2008 yang berdaftar dengan pusat tersebut. Keutamaan akan diberi kepada golongan dari keluarga miskin tegar. Setiap pelatih yang terpilih juga akan menerima elaun RM800 setiap bulan semasa menjalani program tersebut.

———–

Source: http://www.mysinchew.com/node/26050

2009-06-17 15:17

PENANG: Penang is set to receive about RM700 million in investments from two companies this week, says InvestPenang’s executive committee chairman, Datuk Lee Kah Choon.

Lee said the state government would be finalising the deals with the companies which would then be followed by the signing of agreements to purchase the land for their plants.

“We need to finalise a few issues first before signing the agreements with the companies which will be based in the mainland,” he told a media briefing here today (17 June).

He said the first company was based in US and the other a multinational corporation.

“We expect the two companies to create 200 high-end jobs,” he said.

Earlier, he said, the state has so far received RM396 million in foreign investments.

St Jude Medical, which produced cardiac rhythm management products, has announced in January to invest RM108 million and Chakra Biotech, which is involved in the screening of new drugs, announced in February to invest RM8 million, he said.

Lee said the National Instruments, which produced software and hardware instrumentation, would invest RM280 million.

“Their investments will help create about 2,000 jobs when they start their operations,” he said.

Meanwhile, Lee said the state’s Career Assistance and Training (CAT) Centre has set up special training programme for students from the hardcore poor families.

“The programme will give priority to applicants from hardcore poor families. We are offering 100 posts for 2000-2008 school leavers and job-seekers who had registered with the CAT centre,” he said.

He said centre would also offer successful applicant a special allowance of RM800 a month during the training period. (Bernama)