DAP Cawangan Jalan Tembikai

News: Perlancaran Pusat Pendidikan Komuniti Bukit Mertajam

Posted in DAP, Development, Education, Event by dapjlntembikai on August 2, 2009

Syabas kepada Sdri. YB Chong Eng, Ahli Parlimen kawasan kami, Bkt. Mertajam kerana telah melancarkan satu lagi projek komuniti yang akan membawa banyak faedah kepada masyarakat setempat!

Congrats to Sdri. YB Chong Eng, our Member of Parliament in Bkt. Mertajam for launching yet another community project which will greatly benefits the locals!

———-

Sumber: www.chongeng.org

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, YB Chong Eng telah merasmikan Pusat Pendidikan Komuniti Bkt. Mertajam di Pusat Khidmat beliau di Jalan Kampung Baru.

Dalam ucapan perasmian beliau, YB Chong Eng berkata bahawa dua objektif utama penubuhan Pusat Pendidikan Komuniti BM ataupun singkatannya, PPKBM adalah untuk mendirikan sebuah pusat untuk pembelajaran kendiri bagi masyarakat setempat dan mengalakkan masyarakat setempat untuk meluaskan pandangan kehidupan mereka melalui proses pembelajaran berterusan. Justeru, seminar dan latihan yang akan diadakan di PPKBM adalah berteraskan objektif-objektif tersebut dan berunsurkan pembelajaran di luar bilik darjah….Baca seterusnya di sini