DAP Cawangan Jalan Tembikai

1KopiO@BM 2nd July 2009

Posted in Event, NGO by dapjlntembikai on July 3, 2009

1kopiO@bm 020709 1KopiO@BM is still going strong. Sdr. Oon our MPSP councillor and DAP Jalan Tembikai Press Secretary  joined us in the black shirt he was wearing when he was arrested by police on 7 May at a gathering beside Perak DUN.  There were three of us, including Sdr. Guna our Chairman and Sdr. Steven, vice chairman.

We also have Mr. Jordan Kee, special assistant to YB Ong Chin Wen (PKR-Bukit Tengah) joining us for the second time. Jordan is a young and energetic man who is passionate about making a difference among the young people.

There were also comrades from DAP Kota Permai, led by Sdr. Raymond. And DAP all-women branch, Mulan two lady warriors, Sdri. Tan and Sdri. Chan were there to show the support of women power. DAP BM Liaison Committee chairman, Sdr. Jee was there as well.

Although this is strictly a non-partisan NGO event, the attendance of so many of our comrades made it looked like a DAP Bkt. Mertajam reunion of some sort. Overall, we had three tables filled with conscientious Malaysians drinking kopi O to protest the breach of democracy in our Country, especially in Perak. Join us next week, same time, same place!

Advertisements
Tagged with: ,

Jom Ke 1KopiO@BM

Posted in Event, NGO, Penang by dapjlntembikai on July 1, 2009

1kopio@bmKawan-kawan,
1KopiO@BM akan berjalan seperti biasa pada minggu ini:
Tarikh: 2 Julai 2009
Masa: 10pm
Tempat: Old Town White Coffee, Maju Utama, Kg. Baru, Bkt. Mertajam, Pulau Pinang

Sila datang dengan pakaian warna hitam untuk menunjukkan protes kepada pencabulan demokrasi di Perak dan menggesa Perdana Menteri serta merta melaksanakan janji slogan “1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakkan”.

———-
Dear Friends and fellow Citizens,
1KopiO@BM will go on as usual this week:
Date: 2nd July 2009
Time: 10pm
Venue: Old Town White Coffee, Maju Utama, Kg. Baru, Bkt. Mertajam, Penang.

Pls come dressed in black in protest of the breach of democracy in Perak and to urge Prime Minister to fulfill his promised of “1Malaysia, People First, Performance Now” .

Tagged with: ,

Press Statement: DAPSY Pulau Pinang Kecewa dengan Penganjuran Sambutan Hari Belia Negara 2009 Peringkat Pulau Pinang yang Mengenepikan Kerajaan Negeri

Posted in Event, NGO, Penang, Politics, Press Statement by dapjlntembikai on June 29, 2009
Kenyataan Media oleh Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Negeri Pulau Pinang pada 29 Jun 2009 (Isnin) di Georgetown, Pulau Pinang:

Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) berasa kesal terhadap tindak-tanduk penganjuran Sambutan Hari Belia Negara 2009 Peringkat Negeri Pulau Pinang pada 28 Jun 2009 oleh Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang. Kedua-dua badan tersebut adalah terletak di bawah arahan dan pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Program tersebut telah diadakan dari jam 9.00 pagi lagi di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Pada jam 8.00 malam hari yang sama, suatu Perhimpunan Hari Belia Negara 2009 Peringkat Negeri Pulau Pinang telah berlangsung di tempat yang sama.

Perhimpunan tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Y.B. Dato’ Ahmad Shabery Bin Cheek. Antara tetamu khas yang hadir termasuk Y.B. Pn. Hajah Zabariah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi Kawasan Bertam, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang, Pengarah Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang dan Presiden Majlis Belia Negeri Pulau Pinang. Semua 21 badan gabungan Majlis Belia Negeri Pulau Pinang telah dijemput dan jumlah peserta daripada persatuan-persatuan belia setempat yang hadir adalah lebih kurang 1,000 orang. Dalam perhimpunan tersebut, beberapa Anugerah Belia Negara peringkat negeri Pulau Pinang telah dikurniakan kepada belia dan persatuan belia negeri.

Program yang begitu bermakna untuk para belia Pulau Pinang ini telah dianjurkan di negeri Pulau Pinang, tetapi malangnya pihak penganjur sambutan tidak menjemput wakil daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang, termasuk Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang mahupun Y.B. Lydia Ong Kok Fooi, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa MMK Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang.

Walaupun konsep “1 Belia 1 Malaysia” telah dilaung-laungkan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan, namun tindakan Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang mengenepikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah bersifat hipokrit. Kedua-dua jabatan Persekutuan tersebut bagaikan menyampaikan mesej “2 Malaysia” di mana aturcara Kerajaan Persekutuan tidak boleh melibatkan Kerajaan Negeri.

Sikap dan tindakan jabatan Persekutuan tersebut bukan sahaja amat mendukacitakan tetapi merupakan satu pengaruh yang negatif kepada para belia kerana lebih mengutamakan perbezaan politik antara kedua-dua Kerajaan Negeri dan Persekutuan daripada mengutamakan pembangunan dan perpaduan belia.

DAPSY menggesa Perdana Menteri dan Menteri Belia dan Sukan memberikan penjelasan kepada para belia Pulau Pinang terhadap isu ini dan juga mengambil tindakan terhadap kedua-dua jabatan Persekutuan tersebut kerana telah melanggar dan mengagalkan slogan “1 Malaysia” yang dipelopori oleh Perdana Menteri.

Dikeluarkan oleh:
Y.B. Lau Keng Ee, Timbalan Ketua DAPSY Pulau Pinang &
Y.B. Ng Wei Aik, Setiausaha DAPSY Pulau Pinang

Sumber: http://www.daptanjong.org/2055/dapsy_20090629a/

Kempen 1KopiO@BM

Posted in NGO, Politics by dapjlntembikai on June 18, 2009

180609| Bukit Mertajam

180609 1kopiO geng

Satu kempen 1KopiO@BM telah diadakan di restoran Old Town White Coffee di Maju Utama, Kg. Baru, Bkt. Mertajam. Tujuan kempen adalah untuk memprotes pencabulan demokrasi di Malaysia oleh Barisan Nasional, termasuk perampasan kuasa Kerajaan Negeri Perak, kekecohan dalam Dewan Undangan Negeri Perak pada 7Mei yang lalu serta ketelusan sistem kehakiman negara kita.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, YB Sdri. Chong Eng telah hadir untuk memberikan sokongan beliau kepada kempen tersebut. Turut hadir ialah komrad-komrad daripada DAP Jalan Tembikai termasuk Sdr. Oon Neow Aun, Sdr. YY Ooi, Sdr. NJW dan Sdr. Steven.

Slogan kempen seluruh negara ini ialah 1MalaysiaHitam, Demokrasi Didahulukan, Pilihanraya Sekarang (1BlackMalaysia, Democracy First, Election Now) iaitu satu protes terhadap pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang melaung-laungkan slogan “1Malaysia”.

Sesiapa sahaja boleh menganjurkan kempen ini di kawasan masing-masing dengan berkumpul untuk minum kopi di cawangan restoran Old Town White Coffee (atau mana-mana restoran yang sesuai) pada setiap hari Khamis dengan berpakaian hitam. Tujuannya adalah untuk menggerakkan Rakyat di akar umbi untuk sama-sama memberi protes secara aman terhadap Kerajaan Barisan Nasional dan memulihkan sistem demokrasi di seluruh negara.

Kempen 1KopiO@BM akan berlangsung setiap Khamis, 10 malam di restoran Old Town White Coffee, 1 & 3 Lorong Maju Utama 2, Pusat Perniagaan Maju Utama, 14000 Bkt Mertajam.