DAP Cawangan Jalan Tembikai

Press Statement: Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Tidak Anti-Melayu/Islam

Posted in Artikel Bahasa Malaysia, Penang, Politics, Press Statement by dapjlntembikai on August 24, 2009

Kenyataan Media oleh Y.B. Ng Wei Aik, Setiausaha Pemuda DAP Negeri Pulau Pinang pada 22 Ogos 2009 di Georgetown, Pulau Pinang:

Pemuda DAP Negeri Pulau Pinang ingin menyatakan sokongan penuh terhadap Ustaz Mohd Salleh Man, calon Pakatan Rakyat yang mewakili Pas dalam Pilihan Raya Kecil N11 Permatang Pasir.

Pakatan Rakyat di Negeri Pulau Pinang adalah terdiri daripada DAP, PKR dan Pas. Dengan pemergian Allahyarham Dato’ Mohd Hamdan ke ramahtullah, maka Pakatan Rakyat memerlukan seorang wakil rakyat daripada Pas untuk mengisikan kekosongan tersebut untuk memantapkan lagi kerjasama Pakatan Rakyat dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Atas nasihat dan tunjuk ajar pemimpin Pas, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan pelbagai dasar yang memanfaatkan semua kaum, termasuk umat Islam di Negeri Pulau Pinang, termasuk….Baca seterusnya di sini

Press Statement: Tolak Calon UMNO Yang Pecah Amanah

Posted in Event, Penang, Politics, Press Statement by dapjlntembikai on August 23, 2009

Kenyataan Media oleh Steven Sim Chee Keong, Bendahari Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Negeri Pulau Pinang pada 19 Ogos 2009 (Rabu) di Georgetown, Pulau Pinang:

Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Negeri Pulau Pinang berasa terperanjat atas pendedahan Ragunath Kesavan, Presiden Majlis Peguam tentang tindakan Majlis Peguam ke atas salahlaku Rohaizat Othman, calon UMNO bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N11 Permatang Pasir.

Majlis Peguam telah membatalkan (”struck off”) nama Rohaizat daripada senarai majlis tersebut dan lesen guaman beliau telah ditarikbalik pada 7 Mac 2008. Majlis Peguam telah menjelaskan bahawa tindakan pembatalan tersebut di bawah Seksyen 103D, Akta Profession Undang-Undang 1976 adalah berikutan salahlaku Rohaizat sendiri dan tidak melibatkan rakan kongsi firma guaman yang lain, seperti yang didakwa oleh pemimpim UMNO. Selain itu, Majlis Peguam juga telah menjelaskan bahawa tuduhan di bawah Seksyen 103D tersebut adalah setara dengan salahlaku jenayah (”criminal misconduct”)…Baca seterusnya di sini

Chinese Statement:民主行动党槟州社青团财政沈志强于2009年8月19日(星期三)在槟城乔治市发表的声明

Press Statement: MACC must bear full responsibility for the mysterious death of Teoh Beng Hock

Posted in DAP, Politics, Press Statement by dapjlntembikai on July 17, 2009

Press Statement By DAP Secretary-General Lim Guan Eng In George Town on 16 July 20009:

DAP condemns the mysterious death of Teoh Beng Hock in the MACC Selangor HQ in Shah Alam today. The MACC must bear full responsibility for this death as Teoh was in the custody of MACC when he fell from the 14th Floor of the Selangor MACC building.

MACC should stop its political persecution of PR, especially DAP leaders and members, that does not serve the interest of fighting corruption or justice. Such political games have caused the loss of life of a bright young idealistic DAP member.

There must be a full investigation on how he died. Unless MACC can clear its name, the public may suspect that Teoh was mistreated and MACC had a hand in his sudden death. There must be full transparency and accountability. DAP extends its condolences to Teoh’s family for this tragic loss and assures them that all steps will be taken to ensure that the culprits or those responsible be punished.

LIM GUAN ENG

Kenyataan Media: Undian Online/Online Poll on Kg Buah Pala

Posted in Penang, Politics, Press Statement by dapjlntembikai on July 14, 2009

Kenyataan Media oleh Y.B. Ng Wei Aik, Setiausaha Publisiti DAP Negeri Pulau Pinang pada 14 Julai 2009 (Selasa) di Georgetown, Pulau Pinang:

Undian Online terhadap Isu Kampung Buah Pala

DAP Pulau Pinang akan melancarkan undian online terhadap isu Kampung Buah Pala setiap minggu mulai hari ini.

Inisiatif ini bertujuan untuk meninjau pendapat serta mengupas pandangan rakyat jelata terhadap isu-isu yang berkaitan dengan Kampung Buah Pala.

Pendekatan yang bercirikan demokrasi ini merupakan suatu petunjuk yang lebih wajar untuk menilai sokongan rakyat jelata terhadap cara yang diamalkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam menangani isu Kampung Buah Pala.

Bagi minggu ini, soalan pertama yang akan dipersoalkan adalah seperti di bawah:

Adakah anda bersetuju Kerajaan Negeri mengambil alih tanah Kg Buah Pala walaupun kosnya melebihi RM100,000,000 (RM100 juta)?

Kita menyeru rakyat jelata supaya menyertai undian online tersebut dengan melayari http://dappg.org

———-

Bahasa Cina

民主行动党槟州宣传秘书黄伟益于2009714日(星期二)在槟城乔治市发表的声明:

槟州行动党针对豆寇村课题推介网上投票

槟州民主行动党从即日起,针对豆寇村课题将以每周一个主题的方式,让公众通过网上投票表达他们的立场。

这个方式旨在让更多群众有机会通过网上投票的方式,表达他们对豆寇村课题的看法和立场。

此外,这种以民主形式进行的网上投票,将能够协助槟州政府了解人民对其处理豆寇村课题的正面或负面看法。

网上投票本周所推出的第一个问题如下:

你认为州政府应该耗资超过1亿令吉来强行征用豆蔻村土地吗?

我们吁请全民通过浏览槟州民主行动党网站参与这项网上投票行动。

———-

Bahasa Inggeris

Media Statement by YB Ng Wei Aik, Publicity Secretary of DAP Penang on 14 July 2009 (Tuesday) in Georgetown, Penang:

Online Poll on Kampung Buah Pala’s Issue

DAP Penang has launched a weekly online poll campaign on the Kampung Buah Pala issue beginning today.

The initiative is to survey and to espouse the views of the people regarding the issues related to Kampung Buah Pala.

This democratic approach is a better indicator of the support of the people towards the practices of Penang State Government in solving the Kampung Buah Pala issue.

For this week, the first poll question is as below:

Do you agree that the State Government acquire the Kampung Buah Pala land even if it costs more than RM100,000,000.00 (RM100 million)?

We call upon everyone to participate in the online poll through http://dappg.org.


Press Statement: DAP dan PKR Pulau Pinang mencapai kata sepakat dalam mesyuarat DAP-PKR

Posted in DAP, Penang, Politics, Press Statement by dapjlntembikai on July 8, 2009

Kenyataan Bersama DAP & PKR Negeri Pulau Pinang yang ditandatangani oleh Chow Kon Yeow dan Zahrain bin Mohd Hashim di Georgetown pada Selasa, 7 Julai 2009:

Adalah dimaklumkan bahawa pemimpin-pemimpin DAP dan PKR peringkat Negeri Pulau Pinang telah mengadakan satu mesyuarat pada hari ini.

Mesyuarat telah mencapai kata sepakat mengenai beberapa perkara penting dengan tujuan untuk mengorak langkah ke depan dalam usaha-usaha memperkasakan semangat bermuafakat demi perjuangan politik bersama menerusi Pakatan Rakyat.

DAP dan PKR telah bersetuju mencadangkan YAB Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai Pengerusi Pakatan Rakyat Pulau Pinang dan mesyuarat akan mengadakan setiap bulan.

Mengenai isu Kampung Buah Pala, DAP dan PKR berpendapat bahawa kedua-dua parti turut menaruh keyakinan penuh ke atas Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan YAB Tuan Lim Guan Eng dalam usaha untuk menyelesaikan segala kesulitan bersabit isu tersebut secara sempurna tanpa menggadaikan prinsip-pninsip asasi seperti keadilan, keharmonian sosial dan kesamarataan hak tanpa mengira kaum dan budaya.

Mesyuarat DAP-PKR juga sependapat bahawa mesyuarat inter-parti akan dikerapkan pada masa akan datang supaya mencapai strategi bersama untuk memerangi segala hasutan dan serangan musuh politik, iaitu Barisan Nasional.

Sekian.

Chow Kon Yeow, Naib Pengerusi DAP & Pengerusi DAP Pulau Pinang dan Zahrain bin Mohd Hashim, Pengerusi PKR Pulau Pinang

Sumber: http://dapmalaysia.org/english/2009/jul09/bul/bul3825.htm